Ke kiri dan ke kanan hanyalah wajah wajah yang sangat konvensi. Wajah bangunan, wajah rumah rumah yang pelbagai, wajah pencawang elektrik, wajah sungai yang airnya mengalir lesu dan keruh, wajah burung gagak dan…ya, wajah bobot kenderaan yang beratur panjang dan tidak pernah surut.
Kuala Lumpur terus hidup seperti biasa biasa, paginya cemerlang dan orang orang yang berkelibut, mundar mandir atau berjalan laju dengan bergegas berbondong masuk ke stesyen LRT, ke pasaraya yang terganga memaparkan iklan busana terbaru, ke bangunan pejabat yang berdinding kaca memantulkan bayang bayang awan di kolong langit, grafiti indah digalery tebing sungai dan penjual goreng keledek berpusu pusu menolak gerabak dapur di celahan bas dan teksi.
Aku seringnya melihat dengan mata penuh pesona akan kelibut manusia yang beraneka rupa, tudung mereka telah bersimpul dengan simpulan penuh kekeliruan, manik manik berjuntaian, berkilauan dibawah leher atau disisi bahu kiri mahupun kanan. Ada jajaran rona jurai jurai kelihatan berkecamuk di batas dahi, bruce korea kini bagai kelihatan seperti lampu lampu crystal bergeladak teroleng dibuai alun kaki melangkah. Demikian perempuan kota menampilkan sisi baru wajah sesuai dendangan fesyen fesyen terkini busana muslimah yg dicetak pagi petang siang malam oleh puluhan majalah kaum hawa.
Pesona ‘melihat’ datang menderu deru….sebahagian perempuan pula muncul dengan gaya terkini hollywood atau ditakluk oleh simbahan pop korea atau hong kong. Seluar jeans yang kecil, membalut mampat betis dan peha tidak akan lengkap jika kepala atas seluar dalam tidak ditonjolkan…baju yang kecil dengan tetek yang besar dan dengan penonjolan yang maksima akan berjaya memercikan aroma berahi bagi pelalu lalang terutamanya seperti Sahul Alam yang berasal dari Chittagong dan sahabat sekampungnya Hamid Salam.
Berjalan di kuala Lumpur, ke petaling street, ke beberapa kedai menjual berus dan kertas lukisan, bau buah berangan salai dan hiruk pikuk penjual barangan tiruan perlahan lahan menarik tirai alam, petang dilabuhkan dalam percik kilauan emas jam rolex.
Alahaiiii… tulisan ini menyedihkan saya. Sungguh!
KL, semakin menjadi luar biasa kepada mata saya.
Salam.
By: Bunga Rampai on October 30, 2011
at 4:10 pm
jangan bersedih….life too short for it….
mungkin secawan nescafe akan meredakan anda….:))
By: thelope on October 31, 2011
at 10:33 am