Bulan Oktober selalunya beginilah. Awan hitam kadang kadang berpaut lebat di kolong langit namun hujan yang jatuh hanya setitis namun adakalanya awan tidaklah gelap benar tetapi hujan kemudian jatuh bagai tiada esok. Hujan sehari kemudian tidak datang lagi beberapa hari, adakalanya pagi yang diharap cerah muncul menjadi pagi yang sugul dan malam yang hadir penuh dengan bunyi tetesnya yang menimpa atap. Adakalanya tiada angin langsung, tiada secebis goyang pun pada ranting2 bunga kertas, panas tengahari yang memukul dinding akan perlahan lahan meresap masuk ke bilik, tidur menjadi gelisah dan mimpi mimpi yang hadir turut mewakili kegelisahan tersebut.
Sunyi adakalanya datang bergulung gulung mengisi ruang yang ditinggalkan riuh.
Mokhsien menulis semula:
aku kemudian hilang dan mereka tak menemui aku lagi. aku tidak mengetahui bahawa aku telah hilang. yang hilang aku dan yang meratapi kehilangan itu adalah aku. adakalanya aku amat menyedari bahawa aku telah hilang namun adakalanya aku tidak menyedari yang aku telah hilang. tetapi yang nyata aku telah hilang. hilang diri, hilang arah, hilang sedar. aku hilang dalam fatamorgana.
Malam bulan Oktober yang hujan berhensot lagi untuk menemukan siang. Mokhsien kemudian mengalihkan jemarinya dari papan kekunci ke kotak rokoknya, dia mengeluarkan sebatang, membakarnya dan kemudian menyedut asapnya dalam dalam seolah turut membawa malam dan mimpi mimpi gelisah menyerbu ke daerah paru parunya yang demikian hitam oleh masa masa lalu yang gelap.
Sunyi kemudian datang lagi bergulung gulung mengisi ruang yang kosong dan diam. Dia tidak berganjak.
Salam Bang Lope, … ingin sekali membaca kesudahan tulisan Mokhsien itu …
By: Bunga Rampai on October 20, 2011
at 7:08 pm
Dia masih belum berupaya untuk menyambung penulisanya..mungkin dia belum meneguk nescafe-O …tunggu ya…:))
By: thelope on October 24, 2011
at 2:47 pm